MENUJU REDHA MU

Ya Allah, Kuatkanlah Diri Ini Dalam Menuju RedhaMU..

Ku Rindui Anakku Nur Syifa' Izzati..

Assalamualaikum..

Cukup terlalu lama rasanya tidak memeluk rindu kat anakku ni..Rindu sgt2..Ntah knp rindu yg membuak2 hadir pada petang ini..wlpn sy ada komitmen lain yg perlu dilunaskan...Rindu nak dgr anakku ni menangis..merengek..senyum..segalanya tentang dia sy teramat rindu..apepun insyaallah kita akan duduk bersama dlm hjg minggu ni..Insyaallah...tak sabar rasanya..inilah anugerah Allah..Rezeki yang Allah bagi..Nikmat yang Allah bagi..Anakku Nur Syifa Izzati..

Apepun inilah org kata mehnah dalam kehidupan ini..Penuh dengan onak ranjau yang terlalu pahit untuk ditempuhi..Apepun kita doakan moga diberi ketabahan..

Wassalam..

Perjalanan Masih Jauh..Adik-adikku KIAS...

Assalamualaikum..



Salam untuk semua..alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang masih terus tanpa henti memberikan nikmatNYA tak kira ia berbentuk manapun asalkan ia menunjukkan ALLAH memang sayangkan kat hambaNYA..apepun sy masih mengerti dan memahami bahawa segala ape yang ditentukan oleh ALLAH kepada kita merupakan 'tarbiyah' semata-mata untuk menguji setakat mana keimanan dan ketaqwaan hambaNYA..

Alhamdulillah...Selesai juga rombongan pertama adik-adikku Kias ke Acheh..smbg study..Perjalanan masih jauh adik-adikku..Bukan setakat ni shj perjuangan kita..Bukan setakat dah ada segulung ijazah shj..Bahkan perjalanan hidup ini kene diisi dengan penuh perngorbanan dalam menegakkan agama Allah...wlpn ada yg gembira ...sedih..menangis meninggalkan family...namun itulah rutin kehidupan ini..

Insyaallah gambar-gambar akan diupload sekejap je lg..

Mara Ke Permatang Pauh...

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang masih terus tanpa henti memberikan nikmatNYA tak kira ia berbentuk manapun asalkan ia menunjukkan ALLAH memang sayangkan kat hambaNYA..apepun sy masih mengerti dan memahami bahawa segala ape yang ditentukan oleh ALLAH kepada kita merupakan 'tarbiyah' semata-mata untuk menguji setakat mana keimanan dan ketaqwaan hambaNYA..

Masih tinggal beberapa jam lg sebelum tempoh berkempen di Permatang Pauh tamat..Didoakan moga semuanya berjalan dengan lancar dan insyaallah Allah akan tunjuk sape2 yang berada dlm kebenaran yang hakiki..Sama-sama kita doakan agar keadaan di sana bertambah baik dan mampu menatijahkan satu keputusan yang paling tepat dan terbaik untuk Islam & negara..

Insyaallah mlm ni sy bertolak ke sana..Just sebagai pemantau pilihanraya shj..Itulah yang boleh diberi selaku pejuang agama Allah..Nak stay disana berminggu-minggu tak dapat..ini kira alhamdulillah dapat kesana..Itupun jika dapat lepas masuk ke sana...Dengar kata polis dah bg warning kereta luar tidak dibenarkan masuk...Mohon dapat lepas masuk..Insyaallah..

Apepun kita doakan perjalanan ke Permatang Pauh berjalan dengan baik dan diredhai oleh Allah.

Jumpa lagi..Wassalam...

Undangan Perkahwinan (3)-Pasangan Baitul Muslim Yang Ke 10..Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..Undangan kahwin yang ketiga..Ramai sungguh sahabat-sahabat nikah cuti sekolah ni...ini pasangan baitul muslim yang sy uruskan sehingga pertemuan pertama hingga ke sampailah dua-dua shbt nikah..Alhamdulillah akhirnya semua selamat...





Apepun tahniah untuk Wan Syukri B Wan Salleh & Nur Zairin...moga2 berkekalan hingga ke ke syurga...Amin..

Wassalam..

Undangan Perkahwinan (2)

Assalamulaikum..

Salam untuk semua...Alhamdulillah syukur buat segala yang Maha Esa yang masih tidak henti-henti mengurniakan kurniaNya yang tak ternilai harganya...apepun kita sebagai hamba itulah asam garam dalam kehidupan ini yang menuntut seluruh pengorbanan dan komitmen yang jitu dalam memastikan agama Allah terus subur syiarnya...



Alhamdulillah berkesempatan lagi memenuhi undangan pernikahan sahabat...Ajmainsyah B Abdul Wahab & Fadhlina Bt Yaacob...Ceria sungguh nampak Mat syah..apepun tahniah untuk Syah & Fadhlina..Didoakan moga berkekalan sehingga ke syurga...amin..



Nak Berhenti Kerja..??

Assalamualaikum..

Salam untuk semua...Segala puji bagi ALLAH yang masih mengurniakan minda ini terus berfikir....berfikir...Insyaallah masih terus untuk memberikan komitmen yang berterusan wlpn masih dalam keadaan yang memeningkan..Insyaallah Yang Maha Esa lg Maha Adil akan terus menyayangi hambaNYA yang serba daif ini...Ya ALLAH aku perlukan rahmat dan keredhaanMu...

Diri ini masih dalam kebingungan...Rasa nak berhenti kerja pun ada..baik berada dalam alam pengajian..tak payah fikir pasal apa-apa..berada dalam alam kampus amat menyeronokkan...berjuang pun seronok..tapi realiti sekarang sy dah berada dalam alam bekerja..ditambah dengan komitmen dengan jamaah..Peristiwa semalam menambahkan lagi parah dalam hati sy untuk berhenti kerja di sini..Berhenti kerja..Berhenti kerja...

Dipanggil dua bos semalam...emm...tak sanggup sy nak teruskan..biarlah ia menjadi kenangan buat masa kini...Biarlah ia luput sebegitu sahaja..Namun sy perlu berikhtiar bahawasanya saya perlu berdikari buat masa ini...

Insyaallah ada smbgn...Jumpa lagi..TK..

Undangan Perkahwinan

Assalamualaikum..

Salam untuk semua...Masih berada di ofis CIMB..masih meneruskan kerja-kerja rutin harian..berehat sekejap..ambil masa dan hirup udara segar sambil menanti udara segar memasuki minda agar terus segar....Huh penat...hanya sedikit kerja lagi perlu di buat..maybe pukul 10mlm sy boleh balik..tp hajat di hati ingin ziarah ahli cawangan...35KM dari ofis..jauh dan memenatkan...

Emm..memenuhi undangan walimah sahabat ptg td....Anas Karimi B Ahmad Thani dengan isterinya..Cuti-cuti ni banyak pulak undangan perkahwinan..memang banyak..esok ada lagi..lusa ada dua..tulak ada dua...memang ini pesta perkahwinan..Molek la kahwin..dari buat maksiat..tak gitu..??..

Tp yang sy nak sentuh adalah bermewah dalam walimatulurus...mcm2 gaya yang boleh ditengok...ada yang buat stail mcm ni..ada yg mcm tu..ada yang sederhana..bermewah sgt pun ada...tapi ikutlah asalkan ikut cara Islam sudah la...tak gitu..???..asalkan jgn nampak membazir sudahlah...

Ok..Jumpa lagi....Masih menanti minda tenang...minda tenang..minda tenang....

Ke Mana Hala Tuju Ku...? Miri Sarawak OR Kota Bharu Kelantan....

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang masih terus tanpa henti memberikan nikmatNYA tak kira ia berbentuk manapun asalkan ia menunjukkan ALLAH memang sayangkan kat hambaNYA..apepun sy masih mengerti dan memahami bahawa segala ape yang ditentukan oleh ALLAH kepada kita merupakan 'tarbiyah' semata-mata untuk menguji setakat mana keimanan dan ketaqwaan hambaNYA..

Minda sy agak berserabut sehari dua ini...Ditambah dengan hati yang gelisah , gundah gelana , tak berapa tenang, di wajah pun nampak kerutan yang menampakkan kegelisahan hati...Lebih-lebih lagi minda sy terus di asak dengan begitu rencam dan tajam...Pelbagai kerja perlu dibuat dalam masa yang singkat...Yang memerlukan komitmen yang jitu dan padu bagi menghasilkan kualiti yang seoptimum mungkin...

Mana mungkin hati yang gelisah dan hati yang tak tenang ditambah dengan minda yang terlalu penat berfikir pelbagai perkara yang menuntut sepenuh pengorbanan boleh menghasilkan kerja yang kualiti dan efektif..?????.....Ya ALLAH...Bantulah hambaMU ini..

Pelbagai komitmen perlu dilunaskan...Perlu disiapkan secepat mungkin...Dalam jangka masa yang begitu singkat ini sy mengharapkan pertolongan dari Yang Maha Esa..itulah tempat setiap hambaNya yang soleh mengharapkan belas ihsan dari Yang Maha Pengasih lagi Pemurah..

Masa depan.....Masa depan...Masa depan...Macam mana la rupa bentuk masa depanku..Offer dr Shell Malaysia untuk berkhidmat dengan mereka...ditawarkan gaji yang agak lumayan..beserta elaun..dengan juga penginapan disediakan..TAPI...tawaran tersebut di MIRI SARAWAK..negeri yang sy tak pernah jejak sehingga ke hari ini....Ini menambahkan senak dalam minda sy..Teramat senak..Pelbagai pandangan telah di ambil..Dari family , shbt2 sehingga ke teman-teman sekerja..Yang saya boleh simpulkan 50:50...lagi menyenakkan nak memilih untuk menerima bekerja di sana..Sy perlu cari panduan..Sy perlu cari jalan tengah untuk menyelesaikannya...

Yang menjadikan offer itu nampak semakin terabai adalah kerana Masterku..Master Of Science(Finance)...sy terpaksa mengorbankan master sy tersebut jika ingin ke sana....Itu tak boleh tapi itulah rintangan yang terpaksa yang dihadapi....Satu cabaran yang amat berat...Berat..Berat...

Masalah kewangan juga menjadi faktor utama pendesak ke arah sy ke sana..Bukan bermaksud bekerja di Kelantan tak cukup duit..tapi dengan sejumlah gaji tersebut yang terpaksa ditambah dengan kerja part time yang kadang-kadang menganggu kerja-kerja jamaah..Byk juga meeting jamaah , kerja-kerja parti agak terabai atau terlewat....Itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi buat masa kini..Itu realiti ketika ini..Ketika ini..Ketika ini...Gaji skrg + gaji part time = komitmen jamaah agak terganggu tp masih mampu memberikan komitmen...Jika sy ke sana Miri Sarawak gaji penuh + komitmen jamaah(blm pasti lagi ) = adakah hidup tenang juga..???Tapi kewangan dapat diselesaikan...

Jika sy berada di Kelantan tiap2 bulan pasti menyesakkan nafas...jika sy tak kerja part time memang akan menyempitkan minda dan nafas sy...Itu keadaan skrg...Keadaan skrg..Ya ALLAH bantulah hambaMU ini...

Minda ini masih berfikir-fikir....

Jumpa lagi..TK...

Akhirnya Selamat Semua..

Salam untuk semua...alhamdulillah ALLAH masih bagi keizinanNYA untuk masih ligat berfikir...Dianugerahkan minda ini masih untuk berfikir...mengolah..menggarap.... menyelesaikan....terlalu banyak perkara yang perlu dilihat dan diperhatikan...Dunia hari ini terlalu banyak persoalan yang merungkai...terlalu banyak isu yang melanda bukan sahaja bumi Malaysia malah dunia amnya...YA ALLAH...mungkin ini adalah petanda dunia akhir zaman yang menuju masa dan saat kehancurannya..Selaku hamba ALLAH minda ini terus mencari dan mencari keberkatan dan keredhaanNYA..

Alhamdulillah....semua setelah selesai..pulang dari Muktamar Dewan Pemuda Pas...wlpn Muktamar Pas Pusat masih terus berjalan ketika ini..didoakan moga terus berjalan dengan tenang dan matang...Muktamar Pemuda kali ini memperlihatkan satu kematangan dan satu anjakan paradigma yang mana para perwakilan mampu berbahas dengan matang dan profesional wlpn dilanda dengan pelbagai badai dan dugaan yang mendatang..Sy hadir dengan semangat berombak malah beribut minda bagi mengikut rentak dan semangat yang diterapkan semasa berlangsungnya muktamar

Perasaan ketika muktamar Pemuda bercampur baur...bangga ada..semangat ada..gembira ada..sedih ada..kecewa pun ada..macam2 melanda diri ini..Alhamdulillah jiwa mampu untuk ditenangkan dengan sekadar yang mampu..Mengikuti majlis perasmian...mendengar amanat Vice President Pas Ustaz Nasharuddin Mat Isa...semangat berkobar-kobar ketika itu..mendengar penjelasan berkaitan isu perjumpaan atau pertemuan dengan UMNO wlpn minda ini sudah menerima penjelasan dan menerima secara kondisi dan praktikalnya berkaitan dengan isu tersebut..Mendengar ucapan dasar Ketua Pemuda Pas YB Salahuddin B Ayub..semangat ini semakin merobak minda..minda terus berfikir..berfikir..(sy sudah post berkaitan sebahagian ucapan dasar sblm ini)...Setelah selesai majlis perasmian pada mlm itu berjalan keluar untuk pulang ke hotel...sambil berbincang dengan rakan seperjuangan perwakilan kawasan...berkaitan ucapan dasar tersebut..apepun kami sudah membuat persiapan yang mencukupi untuk sesi perbahasan pada esok pagi...

Bangun dari tidur sempat juga untuk tahajjud dengan shbt seperjuangan..alhmdllh..Setelah menjamu selera dengan sekadarnya destinasi seterusnya ke dewan stadium indera mulia ipoh..sesi perbahasan bakal bermula..

Apapun nantikan ulasan secara keseluruhan berkaitan perbahasan yang mmg hangat dan panas..

Jumpa Lagi..TK..

Perteguhkan Kemenangan....Salam Dari Bandar Raya Ipoh..Muktamar DPP.

Assalamualaikum..

Salam buat semua ....sedikit sedutan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat..nantikan ulasan esok hari..setelah selesai perbahasan Dewan Pemuda Pas..doakan semoga muktamar kali ini membawa satu natijah yang cukup baik untuk masa depan Islam...Insyaallah..Allahuakbar..

Kearah Perteguhkan Kemenangan

Dalam aspek yang lain, kemenangan kita dalam pilihan raya sebenarnya mendesak kita untuk lebih matang dalam menguruskan kemenangan ini supaya ia tidak menjadi liabiliti kepada kita kelak.

Kematangan ini bukan hanya tentang kebolehan kita untuk melayani setiap kehendak rakyat atau memenuhi desakan rakan-rakan PR demi mengukuhkan kerjasama, tetapi juga kebolehan kita menterjemahkan pentadbiran baik mengikut prinsip-prinsip Islam.

Kita harus lebih terbuka dalam memahami maqasid al-syari’ah supaya objektif Islam itu dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan dan membentuk kefahaman yang lebih luas di kalangan rakyat. Pendekatan siyasah syar’iyyah yang diambil juga mestilah memperlihatkan keupayaan Islam merahmati alam. Para ulama’ kita perlu berfikiran terbuka untuk memberikan tafsiran-tafsiran hukum berasaskan manhaj Malizi (pendekatan Malaysia) yang kontemporari, tetapi tidak lari dari orbit al-Quran dan al-Sunnah sebagai piawaiannya.

Dewan Pemuda PAS akan mengadakan satu Seminar Pendekatan Siyasah Syar’iyyah selepas muktamar ini untuk mewujudkan panduan urus tadbir di negeri-negeri yang dikuasai PR ke arah ’baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ (negara sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan).

Kita menyeru supaya pimpinan di negeri-negeri PR memperjuangkan hak-hak, nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri-negeri.

Dewan Pemuda PAS berjanji pada hari ini bahawa kita akan bersikap tegas sekiranya mana-mana kerajaan PR mengambil enteng tentang peranan Islam dalam pentadbirannya. Kita akan menjalankan tugas-tugas kepemudaan untuk melakukan check and balance terhadap kerajaan ke arah urus tadbir baik (good governence). Kita bersedia untuk menegur secara diplomatik dan kita juga sanggup untuk mengambil pendekatan konfran jika teguran-teguran kita tidak dilayan..

Saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Selangor kerana berani menegur beberapa kepincangan kerajaan negeri baik soal hukum agama mahupun soal ketelusan pentadbiran.

Dewan Pemuda PAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperalatkan istilah-istilah seperti siyasah syar’iyyah, maqasid al-syari’ah, fiqh al-awlawiyyat, fiqh at-taghyir, fiqh al-waqi’ dan sebagainya untuk mencapai maksud politik yang tidak diredhai Allah SWT.

Kita menolak pendekatan Machiavelisme yang berasaskan doktrin matlamat menghalalkan cara dalam pentadbiran kita. Kita juga mengesyorkan kepada pimpinan tertinggi supaya meningkatkan sistem kawalan pusat-pinggir (central-periphery) keatas Badan Perhubungan PAS negeri-negeri yang kita memerintah supaya kita dapat mewujudkan kerajaan dalam parti yang berkesan.

Kita tidak mahu pimpinan negeri diberikan kebebasan penuh atau autonomi dalam menentukan dasar-dasar pentadbiran, sehingga pimpinan Pusat tidak dihormati keputusan mereka. Jika keadaan ini berlaku, ia bukan hanya memberi kesan buruk dalam penyelarasan keputusan,tetapi mungkin boleh menjejas keberkesanan jentera PAS keseluruhannya.

Kepemimpinan Kompeten dan Bertaqwa

Dari lipatan sejarah kita pelajari politik adalah seni yang serba mungkin, kita pelajari keindahan dan kepincangannya.

Ramai tokoh-tokoh dunia yang rebah dan bangun diatas persada politik. Ramai yang percaya dalam permainan dan percaturan politik, ambillah iktibar diantara kewarakan Abu Musa al-Asyaari dengan kelicikan 'Amru bin Al–'As.

Serentak dengan anjakan minda kita dalam mengenegahkan keanjalan (murunah) Islam, kita juga memerlukan para pemimpin yang bersedia menganjak paradigmanya. Telah saya perkatakan tadi bahawa kita mesti beralih kepada pemikiran negarawan daripada pemikiran bangkangan. Kita tidak boleh berfikir seputar tentang kalangan kita sahaja atau untuk kepentingan kelompok kita sahaja, sebaliknya kita mesti mula belajar berfikir tentang rakyat seluruhnya, berfikir tentang kebajikan bangsa bukan Melayu, memberati kepentingan orang bukan Islam, menjuarai isu-isu bukan agama, prihatin terhadap orang bukan PAS, bahkan mengambil berat persoalan-persoalan antarabangsa juga.

Kita mesti meninjau sama persoalan-persoalan yang lebih besar seperti pentadbiran negara, pengurusan ekonomi awam, perancangan dasar-dasar awam dan sebagainya, yang sedang mendesak kita untuk memiliki kemahiran-kemahiran tambahan.

Ahli-ahli Pemuda mesti sentiasa memperdalami ilmu dalam pelbagai bidang, tidak terhenti dengan kemahiran agama yang menjadi fardhu 'ain sahaja, sebaliknya kemahiran keduniaan yang menjadi fardhu kifayah juga dipertingkatkan.

Anjakan ini saya serukan kepada saudara semua sebagai persediaan untuk melahirkan pimpinan yang kompeten dari sudut kebolehan pengurusan dan pentadbiran, selain memiliki syakhsiyyah yang cemerlang.

Pada hari ini, ahli-ahli PAS diperakui kerana kecemerlangan akhlak dan kebolehan agamanya, tetapi kita tidak diyakini dalam aspek keupayaan menguruskan negara. Perkara ini mesti kita bina segera kerana ia sudah menjadi suatu yang mendesak kepada PAS terutama menjelang runtuhnya hegemoni Umno/BN. Kita menyeru Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah (ILHAM) supaya merancang program pembangunan ahli-ahli dengan lebih tersusun, terutama dalam melahirkan tenaga-tenaga ulama’ yang kompeten dalam pentadbiran.

Dewan Pemuda PAS sendiri sudah menubuhkan Pusat Latihan Akademi Kepemimpinan Pemuda (AKP) di Kelantan bagi maksud ini. Mulai bulan hadapan, latihan-latihan intensif akan kita laksanakan kepada kepimpinan Pemuda peringkat negeri dan kawasan, dan kita berharap setiap ahli Pemuda mewajibkan diri masing-masing untuk mengikuti latihan ini. Tetapi ini tidak bermakna ahli-ahli Pemuda memadai mengikuti kursus jangka pendek yang kita sediakan, sebaliknya mereka mesti menambahkan usaha untuk terus belajar di mana sahaja untuk menguasai ilmu-ilmu baru yang boleh meningkatkan pembinaan kapasiti diri masing-masing.

Program pembangunan keupayaan kepemimpinan ini adalah amat mustahak bagi PAS kerana generasi pelapis mestilah memiliki kebolehan yang lebih tinggi daripada pemimpin yang ada hari ini. Ia bukan sekadar persiapan untuk kita mengambil alih pemerintahan negara, tetapi juga untuk memenuhi keperluan kepemimpinan pada masa depan yang lebih mencabar.

Kita mesti belajar untuk bergerak dalam satu pasukan kepimpinan yang berkesan, bukannya lagi secara individu. Kita sudah berupaya melahirkan murabithun di semua peringkat, tetapi malangnya kebolehan para murabithun untuk menjadi pemikir masih ditahap yang rendah. Kita tertunggu-tunggu pimpinan baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin-pemikir (qiyadah-mufakkir) telah mengakibatkan kelesuan perjuangan kita.

Saya mencadangkan supaya pemimpin-pemimpin Pemuda yang ada supaya memulakan budaya penyelidikan melalui institusi-institusi persendirian. Lebih penting jika boleh mewujudkan pasukan pemikir dan institusi pemikir persendirian yang boleh membantu meningkatkan keupayaan kognitif kita dalam perjuangan. Kita melihat pemimpin-pemimpin besar dunia memiliki beberapa pusat kajian untuk membantu mereka menjadi pemimpin yang baik, dan tiada sebab untuk kita tidak memulakan langkah yang sama demi kecemerlangan gerakan kita.

Menilai Semula Kepemimpinan Ulama

Semasa PAS menghadapi kemelut dalam krisis kepemimpinan pada 1982, Dewan Pemuda PAS telah membawa satu gagasan baru dalam PAS iaitu Kepimpinan Ulama’ bagi meletakkan semula PAS pada landasan yang betul dan kukuh dalam pergerakan Islam di negara ini.

Hasilnya PAS telah dapat berdiri sendiri semula dan berterusan melaksanakan gerak kerja parti dengan lebih teratur serta mampu menangani politik semasa dengan hemat dan cermat. Pemimpin PAS pergi dan datang tetapi prinsip perjuangan PAS dan pendirian parti tidak berubah meskipun usia PAS dimamah usia.

Kini gagasan Kepimpinan Ulama’ yang diperkenalkan di dalam PAS sudah mencapai zaman jubli peraknya. Sepanjang 25 tahun ia dipegang kukuh oleh ahli-ahli PAS, PAS terus mencipta sejarah dengan kemenangan semula pemerintahan di Kelantan dari tahun 1990 hinggalah ke hari ini.

PAS juga dapat menangani pelbagai masalah besar dalam parti dan dalam negara apabila institusi Majlis Syura Ulama’ menjadi tempat rujukan parti. Kini perubahan zaman menuntut ulama’ supaya maju beberapa langkah lagi untuk memastikan peranan mereka lebih berkesan dan lebih relevan dalam dunia kontemporari.

Ulama’ juga perlu lebih proaktif dalam meneliti fenomena masa kini, menangani kerencaman isu dan masalah moden, serta memimpin perubahan dalam masyarakat masa kini.

Dewan Pemuda PAS tidak mahu melihat ulama’ berada dalam zon selesa dalam gagasan Kepimpinan Ulama’, sehingga sebahagian ulama’ mengambil sikap reaktif kepada isu atau fenomena yang berlaku dan tidak membuat persediaan lebih rapi untuk menangani perkara mendatang.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu Seminar Kepimpinan Ulama’: Satu Penilaian Semula. Antara lain tujuan seminar ini ialah untuk melihat semula dari pelbagai aspek dalam meneliti keberkesanan gagasan Kepimpinan Ulama’ dalam PAS sepanjang 25 Tahun ini.

Peningkatan Fungsi di Parlimen

PAS pada hari ini mempunyai 22 orang ahli Dewan Rakyat dan tiga orang ahli Dewan Negara. Di kalangan pemimpin Dewan Pemuda PAS sendiri, beberapa orang sudah bergelar Yang Berhormat.

Ini bermakna kita mempunyai satu lagi peranan iaitu sebagai pembangkang yang berkesan di negara ini. Berkesan bukan bermaksud membangkang segalanya atau sentiasa ’membuat bising’ untuk menggugat kerajaan yang ada. Tetapi pembangkang yang berkesan ialah apabila kita boleh menjadi pembangkang berwibawa dan pembangkang taat, yang bersedia duduk semeja dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat dan kita sanggup memberikan konsensus untuk kepentingan negara. Walaupun kita masih bergelar pembangkang di Parlimen, kita mesti meningkatkan peranan kita supaya rakyat melihat tawaran-tawaran kita untuk mengganti BN sebagai munasabah.

Isu-isu yang kita ketengahkan dalam manifesto, walaupun tidak dapat dilaksanakan, tetapi ia mesti dibawa ke Parlimen supaya kesengsaraan rakyat dapat kita suarakan sesuai dengan kehadiran kita kerana makkal sakti (kuasa rakyat).

Sebagai pembangkang yang berkesan, kita mestilah mampu mengemukakan alternatif berwibawa kepada kuasa majoriti (kerajaan), tidak sekadar mengkritik kerajaan, tetapi juga bekerja ke arah ketelusan, integriti dan kecekapan dalam mengendalikan hal ehwal rakyat, menangani penyalahgunaan kuasa dan memastikan kepentingan rakyat dipertahan, selain terlibat dalam mempromosikan hak asasi manusia, dan membantu menyempurnakan fungsi-fungsi demokrasi.

PAS boleh menjadi penghubung yang berkesan antara rakyat dan kerajaan BN, memainkan peranan untuk memastikan kerajaan BN bertindak mengikut kehendak rakyat, membongkarkan penyelewengan kerajaan BN serta menawarkan program alternatif yang lebih baik.

Kita harus sedar bahawa PAS bersama PR pada masa ini adalah kerajaan alternatif kepada BN, bukannya pembangkang pinggiran, dengan maksud kita harus memperlihatkan kepada rakyat kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban kita sebagai kerajaan menunggu.

Ahli-ahli Parlimen PAS tidak boleh memencilkan diri kerana mereka adalah pembuat undang-undang (legislature) yang sah, maka peranan yang lebih besar perlu dimainkan untukmemastikan setiap undang-undang memberikan kesan positif kepada rakyat. Selain di Parlimen, wakil rakyat kita juga mesti aktif dalam masyarakat sivil terutama dalam membina hubungan dengan pertubuhan bukan kerajaan, media massa dan juga pentadbir awam, kerana mereka adalah penghubung antara PAS dengan rakyat.

Saya mengenengahkan persoalan ini adalah kerana kita tidak mahu lagi dianggap sebagai 'partisan politics' yang membawa implikasi negatif terhadap potensi kita, sebaliknya kita mahu diiktiraf oleh kerajaan sebagai 'His Majesty’s Opposition’, dan diperakui oleh rakyat sebagai alternatif yang berwibawa.

Ipoh Perak...Ku Menuju Kesana..Nantikan Gema Takbir.!

Assalamulaikum.

Salam untuk semua..alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang masih memberikan kekuatan untuk menolong agama ALLAH..syukur banyak-banyak dipermudahkan segala urusan..wlpn dalam kelam kabut berkejar ke sana dan kesini sy cuba luangkan masa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup yang entah bila penghujungnya..Mudahan dipanjangkan umur untuk melihat dan merasai kemanisan @ kemenangan hakiki Islam di Malaysia dan seluruh empayar dunia ini..

Bermulanya esok 13hb Ogos 2008 sejarah bakal terpahat di bumi Perak..bumi yang menyaksikan lahirnya sebuah parti Islam..akhirnya ia kembali ke negeri asal..nostalgia lama bakal mengundang buat para perwakilan MUKTAMAR bagi kali ini..Alhamdulilah sy akan bertolak ke sana ...laungan takbir dan sujud syukur bila sampai ke sana..itu azam sy..bagi mengotakan azam dan komitmen untuk sama-sama membantu dan menolong jamaah Islam..

Ingatlah sesungguhnya kematangan berfikir dan kematangan sikap mesti berjalan serentak agar kita tidak hanyut dalam menongkah arus perjuangan ini...Mudahan kita tergolong dalam golongan yang diredhai oleh ALLAH..

Alhamdulillah sy panjatkan syukur ke hadrat ALLAH kerana ditaklifkan untuk mewakili Pemuda Kawasan untuk menjadi perwakilan buat pertama kali..Insyaallah sy akan gunakan ini sebagai satu medan untuk mengasah lagi minda sy untuk sama-sama menggarap matlamat dan halatuju Dewan Pemuda Pas bersama saf perwakilan dan pimpinan..Ape yang pasti sy menanti-nanti ucapan dasar Tuan Guru Presiden pada kali ini yang bagi sy akan membuatkan kita semua menambahkan keistiqamahan kita dalam gerak kerja jamaah..Insyaallah.

Apepun , nantikan gema Takbir , ALLHUAKBAR , di Ipoh Perak..

Jumpa lagi..TK.

Setiap Detik Amat Bermakna(3)

Assalamualaikum..

Salam buat semua..alhamdulillah segala puji bagi ALLAH..mata ini sehingga saat ini masih tidak diizinkan ALLAH untuk lena di ulit alam maya...Bebannan kerja terlalu banyak sehingga memaksa keringat dan tenaga dikerahkan semaksimumnya agar hasil kerja yang dihasilkan betul-betul berkualiti..

5 pagi tadi sy bertolak ke masjid bachok..ada kuliah subuh..membawa satu inspirasi dan semangat untuk mengubah masyarakat agar sedar dari lena masing-masing...Seusai solat subuh diteruskan dengan kuliah subuh dengan suara yang agak serak...alhamdulillah semuanya dapat disampaikan dengan teratur dan tersusun...tapi tak tahu la penerimaan warga masyarakat di situ..mohon2 agar semua faham apa yang disampaikan...berkaitan dengan ibadat puasa..lebih-lebih lagi kita dalam memasuki fasa Ramadhan...Ku menanti saat itu..Terlalu indah dan cukup menenangkan..Mohon maaf juga kepada ayahanda mertua Ustaz Yusof Embong kerana copy paste artikel dlm blog ayahanda..apepun ilmu untuk disebarkan..tak gitu ayahanda.?..

Seusai kuliah subuh...badan terasa penat dan lemah..berhenti di kedai bachok..sy menuju ke kedai yang selalu sy pergi..Memesan makanan dan minuman untuk meyegarkan mata dan badan..alhamdulillah ALLAH bagi keizinan untuk kesihatan tubuh badan..Perjalanan hidup terasa amat sukar dan payah rasanya bilamana berjauhan dengan isteri tercinta..semua perkara dibuat berseorangan..makan pun sorang..masak sorang..gosok baju pun sendiri..basuh baju pun sendiri(wlpn hantar dobi..)....apepun itulah namanya pengorbanan..tanpa pergorbanan kita takkan berjaya..tak gitu my lover..?

Masuk ofis CIMB kul 8..huh..masuk bilik..termenung..byknya file yang ada atas meja..ni mesti kerja budak2 kat depan..tp nak buat mcm mana dah keje depa..mulakan kerja...minda pulak menerawang kesana dan sini..kebetulan ada mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Pelajar KIAS hari ni..kul 9 pg..tak sempat dah nak masuk..mohon maaf kat Executive Deputy Student Affairs KIAS..insyallah kerja-kerja di KIAS menuju matlamat yang telah ditetapkan...Agar semua memahami..

Itulah sy kata setiap detik itu adalah amat bermakna..kadang-kadang dalam hidup ni kita pasti akan bertindan dua tiga kerja dlm satu masa..yang mana patut diutamakan itu kena bijak..di sini la kita kena guna fiqh aulawiyat..tak gitu..??...tak guna belajar tapi tak amal...maka marilah kita beramal dengan ilmu kita wlpn sedikit..

Minda masih berfikir..Berfikir...Berfikir...

Jumpa lagi..TK..

Setiap Detik Amat Bermakna(2)

Assalamualaikum..

Smbgn..

Setiap detik amat bermakna..memang amat bermakna..malah amatlah rugi jika kita pada hari ni masih mengabaikan persoalan masa , detik...kita kena mencari keberkatan masa..barulah hidup kita akan berasa tenang..Memang benarlah firman ALLAH dalam kitabnya : Al-Asr 1-3..Satu peringatan ALLAH yang terang lagi jelas....

Teringat keadaan diri ini...Muhasabah di waktu malam..tatkala manusia lain tengah tidur..Timbulnya persoalan kemana masaku dihabiskan hari ni..semalam?Seminggu yg lepas.?Setahun yg lepas?20 tahun yg lepas.?...kemana ia digunakan sebaiknya..adakah ianya bermanfaat untuk mencari keredhaanNYA ataupun tidak..adakah aku dapat KEREDHAANNYA..?..selama 25 thn hidup atas kurniaanNYA..ape yg aku dah buat untuk agama ALLAH...adakah cukup sekadar membuat kerja-kerja amal sejam dua hanya untuk satu hari..cukupke amalan ku berbanding dengan orang lain..??rasa takut mula mengeruni diri..rasa kerdilnya diri ini..rasa diri ini mensia-siakan nikmat ALLAH...aku memohon keampunan dariMU Ya ALLAH...aku lalai selama ini..

Ya ALLAH , sibukkanlah hambaMU ini dengan usaha-usaha untuk agamaMU Ya ALLAH..

Umur dah 25 tahun, mati tak tahu bila..

Jumpa Lagi.. TK...

Setiap Detik Amat Bermakna

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi yang masih tak putus mengurniakan nikmatNYA yang tak terhingga..


Salam sejahtera untuk semua..Jam menunjukkan 1.55 pg..mata masih tak mengantuk sementelah kembali dari CIMB and usrah cwgn..Minda ini terus digerakkan utk menyumbangkan keringat dan tenaga seluruhnya untuk Islam..

Maka dengan itu bersesuaian dengan matlamat asal blog ini bagi memberi segalaNYA untuk Islam maka saya mulakan penulisan dalam blog ini bermula pada ketika ini sehingga saya menghembuskan nafas terakhir..Moga usaha ini mendapat keberkatan ALLAH...

Terima kasih buat my wife Nurul Mukminah Bt Yusof, my inspiration and my lover forever..dan juga untuk anakanda abi, Nur Syifa' Izzati and her sister Nur Fatin Hanani , pembakar obor semangat abi dlm mengharungi perjuangan ini..tak lupa juga buat my family , ayahanda mertua Ustaz Yusof Embong and family..dan juga tak dilupakan shbt2 seperjuangan..Moga2 kita semua mendapat manfaat bersama..

Apepun ini adalah titik penyambung bagi tinta2 yang pernah ditulis sblm ini...Jumpa kembali..TK

AHLAN WA SAHLAN

BETTER THAN BEFORE

HAMBAMU YANG DHOIF

My photo
Hanya hamba ALLAH yang lemah dan masih mencari KEREDHAANNYA..Kusedar ilmu dan taqwa adalah jalan ke arah menuju syahid ilalALLAH..Ya ALLAH thabatkan hati ini di jalanMU Ya ALLAH..

MENJALIN UKHUWAH

BAITI JANNATI

  • UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH - Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian sebelu...
    4 years ago
  • Kita Masih Seorang Hamba.. - Assalamualaikum w.b.t.. Menyusuri kehidupan...kita masih seorang hamba.. Susah, senangnya semua ditentukan Allah swt.. Justeru, usahlah kita alpa pada Yan...
    4 years ago
  • Kentang Putar Ummiey - Salam buat semua tetamu2 ummiey..syukran coz ziarah blog ummiey yang tak seberapa ni..udah lebih seminggu ummiey tak update blog..macam2 alasan lah akan...
    5 years ago
  • kematian adik saiful, apa ceritanya? - Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menja...
    6 years ago
  • Exam Oh Exam..! - Assalamu'alaikum wbt.. Tertiarap sorang-sorang atas katil ditemani nota-nota dan buku-buku yang ber longgokan. Dendangan lagu daripada laptop memecah kesun...
    6 years ago
  • Tadabbur KalamuLlaah (1) - يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الاٌّرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَوةِ الدُّنْي...
    6 years ago