MENUJU REDHA MU

Ya Allah, Kuatkanlah Diri Ini Dalam Menuju RedhaMU..

MasaKu..

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..Alhamdullillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan kekuatan pada diri ini untuk masih istiqamah dalam menuju keredhaanNYA..Kekuatan , ketenangan , roh semangat yang tinggi semua itu adalah kurniaan Allah...dan juga roh tarbiyah yang masih kental dlm diri ini moga2 terus berkekalan sehingga akhir hayat..Insyaallah..

18 Ramadhan...Masa yang amat pantas..Terlalu cepat rasanya masa berlalu..18 Ramadhan bererti perjalanan tarbiyah ramadhan menuju ke fasa yang terakhir..ataupun tahap yang paling tertinggi..kalu dlm siri-siri tamrin praktikal tamrin qiadi adalah yg paling syadid..maka itulah juga fasa yang terakhir ini..adakah kita melepasi ataupun tidak..semestinya kita melepasi fasa itu..namun disana kita kene melihat adakah setelah hsb 3 fasa ramadhan ini memberikan natijah untuk kita ataupun tidak...Perjalanan kita masih terlalu jauh..11 bulan mendatang adalah tempoh praktikal yang sebenar..cukup lama tempoh tersebut..kalu dalam tamrin paling lama pun 7 hari..ini 11 bulan..

Ya Allah berikanlah aku kelapangan masa...kemurahan rezeki..mudahn aku boleh mendapat rahmat , keampunan & dijauhkan dari azab api neraka...

Wassalam..

11 Ramadhan...

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..Segala puji bagi Allah..Segala syukur untukNYA..Alhamdulillah..Tangan ini masih nak menulis wlpn dengan kesibukan masa yang teramat sangat..ni pun ambil masa celahan semasa waktu zohor...Apepun usaha ini perlu diteruskan dengan sebaiknya wlpn menghadapi pelbagai cabaran dan mehnah yang tentunya boleh menggugat sy untuk terus mengolah pemikiran dan realiti masa kini...Mohon Allah bagi kelapangan masa dan rezeki yang melinpah ruah..

11 Ramadhan....11 hari dah berpuasa..ini beerti dah masuk fasa kedua Ramadhan..Fasa Keampunan..I've must upgrading my quality of ibadah and taqwa..Barulah keimanan kpd Allah dapat ditingkatkan dengan semaksimum mungkin..Menjadi bekalan buat 11 bulan yang mendatang..yang pasti yang mendatang tersebut pastinya penuh onak dan duri yang perlu diharungi dengan sebaiknya...

Kita kene check and muhasabah diri kita...menilai diri kita...19 hari lg Ramadhan akan meninggalkan kita..Sy merasakan Ramadhan kali ini penuh dgn cabaran..penuh dgn dugaan..Namun itulah perngorbanan..namun itulah ujian..Namun itulah tarbiyah dr Allah...Syukur kpd Allah..

Kita kene menilai dan memuhasabah....19 hari lg Ramadhan akan meninggalkan kita..

Jumpa lagi..wassalam..

Ramdhan menggamit keinsafan,mengisi bekalan iman dan takwa..

Ramadan bulan ajaib sudah tiba. Keinginan untuk mendekat, serta merta bertambah. Sebuah tarikan yang kuat. Kita ingin menjadi manusia baru melalui proses The Power of 30 days.

Bulan retreat, segala perlakuan biasa kita, kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban, melangkah masuk ke hari pertama ramadan dengan program komprehensif, bertubi-tubi. Hari biasa,jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Haus. Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.

Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara?, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan concern and caring?

Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar, tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk ".. pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan..." (Surah az Zaariyat, ayat 18).

Al-Quran? Ia 'emel Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentelaahnya..ah? Ramadan merayu kita untuk berfikir semula tentang Quran dan kita.

Dalam qiam Tarawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Quran membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat.

Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya.

Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah. Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa. Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, "Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."

Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama.

Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.

Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadan al-Karim?

Ahli Parlimen, para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja, berpuasa dengan ingatan ini, mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tidak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?

Munasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.

Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di ramadan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertakwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu.

Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui ramadan-Mu yang Pemurah.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum..

Salam untuk semua..Alhamdulillah syukur kpd Allah..Atas nikmat yang tak terhingga..wlpn nikmat itu diterjemahkan dalam bentuk yg pelbagai..Mudahan itu adalah tarbiyah dari Allah sempena bulan Ramadhan ini...

Hari kedua Ramadhan...emmm..agak lama sy menyepi..tak menulis..nak kata sibuk..tak jugak..ntahla..no mood..no feel..tgk blog tiap2 hari..huh..itulah adat kehidupan..Ya Allah aku mohon ampun jika aku lalai selama ini..memang aku lalai pun..sy terfikir adakah ini diri sy sbnr..?..emm..sy perlu sedar dari kelalaian ini..sy perlu bangkit..sy perlu bangkit....sy perlu bangkit...

Ramadhan kali ini alhamdulillah bersama isteri and anak...wlpn agak sukar utk dilafazkan kehidupan dlm keadaan yg agak ok..kdg2 tak ok..apepun itulah nikmat Allah..syukur..itu adalah tarbiyah dari Allah..Kita selalu dengar ahlan wasahlan ya ramadhan..emm..sy duk terfikir Ramadhan tu sentiasa dtg..yg perlu diahlankan adalah diri kita..adakah kita bersedia ataupun tidak..???...Bersedia menghadapi Ramadhan tahun ini..???

Ertinya kita semua kena buat persiapan...selamat 11 bulan Allah bagi untuk hambanya untuk membuat persiapan dan persediaan..semata-mata untuk menghadapi bulan yang penuh keberkatan ini..bulan keampunan..ADAKAH KITA BERSEDIA..?????..ataupun kita hanya bersedia untuk menjamu selera ketika berbuka puasa sahaja..pergi bazar ramadhan tiap2 petang beli makanan..berlambak2..pastu berbuka puasa...adakah itu kita bersedia..??...sy blh katakan bulan Ramadhan adalah bulan makanan..terlalu banyak makanan yg ada di Bazar...huh..itu belum tgk ragam manusia ketika nak membeli makanan..Ya Allah ampunkan hambaMu ini..

Bersedia ataupun tidak adalah terletak di dada kita..tanya iman kita..tanya iman kita...

Jumpa la gi..Wassalam..

AHLAN WA SAHLAN

BETTER THAN BEFORE

HAMBAMU YANG DHOIF

My photo
Hanya hamba ALLAH yang lemah dan masih mencari KEREDHAANNYA..Kusedar ilmu dan taqwa adalah jalan ke arah menuju syahid ilalALLAH..Ya ALLAH thabatkan hati ini di jalanMU Ya ALLAH..

MENJALIN UKHUWAH

BAITI JANNATI

  • UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH - Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian sebel...
    10 years ago
  • Kita Masih Seorang Hamba.. - Assalamualaikum w.b.t.. Menyusuri kehidupan...kita masih seorang hamba.. Susah, senangnya semua ditentukan Allah swt.. Justeru, usahlah kita alpa pada Yan...
    11 years ago
  • Kentang Putar Ummiey - Salam buat semua tetamu2 ummiey..syukran coz ziarah blog ummiey yang tak seberapa ni..udah lebih seminggu ummiey tak update blog..macam2 alasan lah aka...
    11 years ago
  • kematian adik saiful, apa ceritanya? - Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menja...
    12 years ago
  • Exam Oh Exam..! - Assalamu'alaikum wbt.. Tertiarap sorang-sorang atas katil ditemani nota-nota dan buku-buku yang ber longgokan. Dendangan lagu daripada laptop memecah kesun...
    12 years ago
  • Tadabbur KalamuLlaah (1) - يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الاٌّرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَوةِ الدُّنْي...
    12 years ago